Parameters of Artificial Intelligence (AI) in Fatwa Issuance: A Jurisprudential and Technological Ethics Analysis

Authors

  • Ahmad Fikri Che Yusoff Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mohd Harifadilah Rosidi Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.55265/al-maqasid.v6i1.379

Keywords:

Artificial Intelligence (AI), Fatwa Issuance, Ethics, Maqasid al-Shari’ah

Abstract

This study examines the parameters of Artificial Intelligence (AI) in fatwa issuance, exploring the intersection between technological development and the methodological, ethical, and jurisprudential requirements of Islamic legal deliberation. As technology advances through systematic innovation and data-driven refinement, AI technologies have emerged as influential socio-technical systems capable of simulating aspects of human reasoning, analysis, and decision-making. Although contemporary research highlights the potential of AI-assisted fatwa systems to enhance efficiency, automate knowledge retrieval, and support large-scale question-answering platforms, their introduction into Islamic jurisprudence raises critical concerns regarding authority, validity, and ethical limits. Islamic legal theory maintains that a fatwa is a fatwa act of ijtihad rooted in contextual awareness, moral accountability, and human intentionality, which are qualities that cannot be replicated autonomously by AI. Through multidisciplinary analysis that integrates technological studies, AI system design, usul al-fiqh, and institutional fatwa practices, this study identifies three core dimensions that shape the role of AI in fatwa issuance. First, foundational fiqh parameters emphasise that AI may function as an auxiliary expert tool for data organisation, precedent retrieval, and scenario analysis. At the same time, authoritative rulings must remain under human juristic supervision. Second, significant technological ethics risks, including algorithmic bias, data integrity issues, opacity, and automation bias, may compromise the reliability and Shariahvalidity of AI-generated outputs. Third, the study proposes an integrated Shariah technological framework that outlines governance structures, data standards, oversight mechanisms, and human-in-the-loop validation to ensure that AI tools operate within Shariah-compliant boundaries. Overall, the findings conclude that AI can enhance the accessibility, consistency, and efficiency of fatwa services, provided it is integrated within a principled framework that upholds Maqasid al-Shari’ah, ensures transparency, and safeguards the epistemic integrity of Islamic legal reasoning.

 

Abstrak

Kajian ini meneliti parameter Kecerdasan Buatan (AI) dalam pengeluaran fatwa dengan menumpukan kepada integrasi antara perkembangan teknologi dengan keperluan metodologi, etika, dan perundangan Islam dalam proses penentuan hukum. Seiring kemajuan teknologi melalui inovasi sistematik dan pemurnian berasaskan data, teknologi AI telah muncul sebagai sistem sosio-teknikal yang berpengaruh dan mampu mensimulasikan unsur penaakulan, analisis, dan proses membuat keputusan manusia. Walaupun penyelidikan kontemporari menonjolkan potensi sistem fatwa berasaskan AI untuk meningkatkan kecekapan, mengautomasi pencarian maklumat, dan menyokong platform soal jawab berskala besar, pengaplikasiannya dalam bidang fiqh menimbulkan kebimbangan kritikal berkaitan autoriti, kesahihan, dan batasan etika. Teori perundangan Islam menegaskan bahawa fatwa merupakan suatu bentuk ijtihad yang bersandarkan kefahaman konteks, tanggungjawab moral, dan niat intelektual manusia iaitu ciri-ciri yang tidak dapat direplikasi secara autonomi oleh AI. Melalui analisis pelbagai disiplin yang menggabungkan kajian teknologi, reka bentuk sistem AI, usul al-fiqh, dan amalan institusi fatwa, kajian ini mengenal pasti tiga dimensi teras yang membentuk peranan AI dalam pengeluaran fatwa. Pertama, parameter fiqh asas menegaskan bahawa AI hanya boleh berfungsi sebagai alat pakar sokongan bagi pengurusan data, pencarian kes lepas, dan analisis senario, manakala keputusan hukum yang berautoriti mesti kekal di bawah penyeliaan fuqaha. Kedua, risiko etika teknologi seperti bias algoritma, isu integriti data, ketidakjelasan proses (opacity), dan kecenderungan automasi boleh menjejaskan kebolehpercayaan serta kesahihan Shariah terhadap output yang dijana oleh AI. Ketiga, kajian ini mencadangkan satu rangka kerja Shariah teknologi yang bersepadu merangkumi struktur tadbir urus, standard data, mekanisme pemantauan, dan pengesahan ‘human-in-the-loop’ bagi memastikan alat AI beroperasi dalam batasan yang mematuhi Shariah. Secara keseluruhan, dapatan kajian menyimpulkan bahawa AI berpotensi mengukuhkan aksesibiliti, konsistensi, dan kecekapan perkhidmatan fatwa, namun hanya apabila ia dilaksanakan dalam rangka kerja berprinsip yang memelihara maqasid al-shari’ah, memastikan ketelusan, dan menjaga integriti epistemik dalam proses penaakulan hukum Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2025-07-30

How to Cite

Che Yusoff, A. F., & Rosidi, M. H. (2025). Parameters of Artificial Intelligence (AI) in Fatwa Issuance: A Jurisprudential and Technological Ethics Analysis. AL-MAQASID: The International Journal of Maqasid Studies and Advanced Islamic Research, 6(1), 54–64. https://doi.org/10.55265/al-maqasid.v6i1.379

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.